6 Jun 2021.
Alhamdulillah, telah selesai perjumpaan Ibu Bapa dan Guru (IBG) secara maya semalam.
Tahniah kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk mendapat maklumbalas mengenai perkembangan pendidikan anak-anak.
Pihak sekolah sangat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ibu ayah sekalian. Walaupun sedang bertugas, malah ada yang bertugas sebagai frontliners, tapi masih mampu meluangkan masa demi anak-anak, semoga Allah permudahkan urusan dan memberi ganjaran yang terbaik di sisiNya.
Terima kasih di atas cadangan ibu ayah untuk penambahbaikan pembelajaran anak-anak. InsyaAllah pihak sekolah dan guru-guru sentiasa bersedia untuk membuat penambahbaikan.
Semoga Allah berkati usaha kita semua.