Pada hari Khamis,16 Julai 2020 murid Tahun 5 dan 6 meneruskan persekolahan hari ke-2 dalam keadaan yang tenang dan teratur. Tempoh masa di kaunter saringan lebih pantas dengan penggunaan imbasan QR code dengan catatan 45 saat bagi seorang murid.
Untuk hari ke-2, program simulasi setiap SOP dilaksanakan bagi memantapkan pemahaman murid-murid terhadap norma baharu di sekolah sekaligus memberi kesan terbaik dalam usaha menangani Covid-19.
Program yang dianjurkan oleh pihak HEM telah dilaksanakan oleh semua guru subjek mengikut kelas masing-masing dengan pemantauan Jawatankuasa Bertindak. Murid bergerak dalam kumpulan yang kecil bagi menjalani simulasi ketika balik, hadir ke sekolah, pembelian di Kedai SRIH, tatacara masuk ke tandas, wuduk, solat dan PDPC di dalam kelas.
Dengan kerjasama semua guru dan staf sokongan termasuk Kedai SRIH, program simulasi berjalan lancar dan teratur.
GPK HEM SRIH 17 Julai 2020