Sejarah

Majlis Penyerahan Geran Tanah

Segalanya Bermula Disini

 

Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat adalah cawangan daripada Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru yang merupakan sekolah swasta Islam sejak 1989 bagi sekolah rendah dan 1995 bagi sekolah menengah.

Sekolah ini diasaskan dengan tujuan untuk melahirkan insan rabbani, iaitu insan yang sangat menitik beratkan hubungan dengan ALLAH dalam urusan dunia dan akhirat serta mampu memimpin masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada tuan tanah yang mewaqafkan tanah seluas 9 ekar kepada PPH untuk dibangunkan sebuah sekolah.

Tapak ini mula beroperasi sebagai sebuah tempat pendidikan pada hujung tahun 2015.

Kelebihan SRIHBP

SRIHBP dalam slot Buletin Didik TV7.

Pembelajaran Mengenal Proses Fertigasi

SRIHBP menyediakan ruang kepada murid dan guru untuk belajar proses fertigasi semasa pdpc berlangsung.

Murid dapat mengenal jenis pokok dan sayur yang ditanam di SRIHBP.

Selain itu, projek ini juga sebagai medan mengumpul dana bagi pembangunan SRIHBP.

Klik untuk sumbangan.

Tarbiah

Kami disini menitik beratkan aspek tarbiah sakhsiah murid. Ada banyak aktiviti yang kami lakukan bagi membentuk peribadi murid.

Terdapat program qiamullail bersama, daurah, tazkirah, puasa sunat, mentor mentee dan banyak lagi.

Dengan program sebegini, ia boleh menjadi satu aspek berjayanya murid dalam pembentukan insan rabbani.