SMIHJB| Pada 9 dan 10 Januari yang lalu, Unit MPP dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menganjurkan Kem Qiadah 2020. Program ini khusus bagi barisan kepimpinan dari kalangan Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas dan Kadet Remaja Sekolah. Program ini juga bertujuan membina barisan qiadah yang faham tugasan dan halatuju mereka serta membina qiadah yang praktis dalam amal mereka. Semoga Kem Qiadah 2020 ini menjadi platform permulaan dalam usaha melahirkan kepimpinan masa depan yang mampu memberi solusi kepada masyarakat dan negara.
#JomKeSyurga