Alhamdulillah pada 8 Disember 2025 telah berlangsung Rehlah Tingkatan 2.
Program ini merupakah salah satu program tarbiyah batch iaitu Rehlah berjaya dilaksanakan. Bertempat di Taman Rekreasi Adda Height, pelajar- pelajar T2 bersama fasilitator daripada murabbi PRS T4 dan guru penyelaras tarbiyah bersama- sama berukhuwah dalam aktiviti senamrobik dan explorace.
Aktiviti resolusi rehlah dan penutup dilaksanakan di sekolah selepas Zohor.
Rehlah berakhir kira-kira jam 2.30 petang.
Rehlah ini dikendalikan oleh Majlis Tertinggi Batch 30 yang diketuai oleh Saudara Amir Mukhlis bin Lukman (2 Taqwa) selaku pengarah dan Saudari Umairah Rashiqah binti Muhammad Tuah (2 Islah) selaku timbalan pengarah di bawah bimbingan Guru Penyelaras iaitu Ustazah Nur Hidayah Junaidi, Ustaz Muhammad Mudzakkir bin Mohd Sani, Ustaz Masdinizam Shamsudin Shukor, Ustazah Uzma Mohd Tahir, dan Ustazah Sulaimah binti Abd Wahid.
Kebanyakan aktiviti dikendalikan oleh MT batch dengan pantauan guru penyelaras dan bantuan PRS.
Keseluruhannya, Rehlah ini berjalan dengan lancar. Namun, masih banyak perkara yang boleh diperbaiki di masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada sokongan ibu bapa, murid dan guru-guru yang menjayakan program ini.
Setiausaha banat Rehlah Tingkatan 2 2025















