SMIHJB | PROGRAM MUKHAYYAM TAHUNAN KRS(M) TINGKATAN 2

Tarikh: 6-8 November 2024
Tempat: Wan Family, Kg Stay

Alhamdulillah..program Mukhayyam KRS(M) Tingkatan 2 telah dijalankan dengan jayanya pada 6 hingga 8 November 2024 bertempat di Wan Family, Kg Stay, Kota Tinggi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan nilai-nilai rohani, disiplin diri, dan kemahiran hidup dalam kalangan kadet. Dengan penyertaan seramai 99 kadet syabab dan 77 kadet fatayat, para kadet diberikan pelbagai aktiviti dan latihan bagi memperkukuhkan kerohanian, fizikal, dan intelektual mereka.
Berdasarkan beberapa objektif program iaitu :

  1. Membangunkan disiplin diri dan daya tahan dalam diri pelajar.
  2. Menggalakkan kerjasama dan semangat berpasukan.
  3. Memberi pendedahan kepada kemahiran asas seperti pertahanan diri, ikhtiar hidup, dan pengurusan emosi.
    Antara aktiviti program yang dijalankan merangkumi pelbagai aktiviti seperti solat berjemaah dan tazkirah, latihan ikhtiar hidup seperti memasak dalam situasi terbatas dan mendirikan khemah, sesi motivasi dan pengurusan emosi juga aktiviti dalam kumpulan seperti obtacle dan lain-lain.
    Majlis penutup pula telah dirasmikan dengan kehadiran puan pengetua sebagai komandan KRS(M) untuk mukhayyam kali ini.
    Semoga program ini dapat memberi kesan positif kepada para kadet untuk meningkatkan disiplin diri, ketahanan mental dan fizikal, kefahaman agama, dan semangat kerjasama antara satu sama lain. Jazakumullah diucapkan atas sokongan dan kerjasama daripada pihak sekolah iaitu Puan Pengetua, PK Kokurikulum dan semua guru KRS(M) yang berganding bahu untuk sama-sama melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam aspek rohani, fizikal, dan sosial.
    Sekian, terima kasih.

Pengarah,
Mukhayyam Tahunan KRS(M) Tingkatan 2 2024,
Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda