SMIHJB| Pada 1 Februari 2020 (Sabtu), SPM Excellent Project (SEP) dan anjuran bersama Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah telah mengadakan Program MOTIVASI TINGKATAN 5 DAN PELANCARAN GPK SPM bagi tahun 2020.
Program Motivasi Tingkatan 5 yang berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 11.30 malam telah disampaikan oleh Ustaz Adam Luthfie selaku Kaunselor Sekolah. Terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang program motivasi ini dijalankan.
Kemudian, program diteruskan dengan Pelancaran GPK SPM 2020 yang dirasmikan oleh Ustazah Seri Juli Emas Wati Adnan (Pengetua SMIH) pada jam 11.30 malam sehingga 12.30 tengahmalam.
Insha-Allah pada tahun ini Batch Zenith 22 mensasarkan GPK 2.32 dengan motto mereka “Menuju Batch Rahmah”. Semoga semangat yang ditunjukkan dan usaha yang dirancang bagi sasaran GPK 2.32 ini, dapat dicapai atau memperolehi lebih baik lagi.
Program motivasi ini juga diharap dapat menyuntik semangat murid-murid tingkatan 5 dan menjadi permulaan yang baik untuk mereka memperolehi keputusan yang terbaik dalam SPM nanti. InshaAllah.
Semoga batch ini juga gigih melakar kecemerlangan dalam akademik dan sekaligus membina jati diri dan akhlak yang baik sebagai Generasi Rabbani. Amin.
Jazakumullah khairan katsira kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, ibu bapa yang menyokong dan anak-anak murid yang memberikan kerjasama dengan baik.
Yang melaporkan,
Ustazah Noorzana
Guru SEP