Alhamdulillah Program khidmat masyarakat ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tingkatan tiga mengenai kepentingan memberi sumbangan kepada masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang nilai tanggungjawab sosial.
Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk mengasah kemahiran sosial. Penyertaan Seramai 140 orang pelajar tingkatan tiga telah menyertai program ini. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memastikan semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan efektif. Setiap murid diagihkan mengikut sesi yang telah ditetapkan dan mengikut “work station” yang spesifik, antaranya:
- Stesen Rewang
- Stesen Kuih
- Stesen Siaraya
- Stesen Persediaan Tempat
- Stesen Buah
- Stesen Packaging
- Stesen Susun Pek dan Edar Safrah
- Stesen Air
- Stesen Sampah
- Stesen Layanan Jemputan Khas
- Stesen Nurseri
Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini memberi manfaat yang besar kepada pelajar dalam mengembangkan sikap tolong-menolong dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap keperluan membantu golongan yang memerlukan. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja memberi impak positif kepada masyarakat setempat, malah membentuk personaliti pelajar yang lebih bertanggungjawab. Diharapkan
program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datanguntukmembina masyarakat yang lebih prihatin dan harmoni









