SMIHJB | Program Jalinan Pintar Kem Smart Solat antara SK Taman Permas Jaya 3 dan SMI Hidayah JB

Pada 26 dan 27 November 2025 telah berlangsungnya program Kem Smart Solat di SK Taman Permas Jaya 3 (SKTPJ3). Program ini merupakan satu program jalinan pintar antara SKTPJ3 dengan Sek. Men. Islam Hidayah JB. Seramai 30 orang pelajar SMI Hidayah JB telah terpilih sebagai fasilitator program ini diiringi 4 orang guru Bidang Ilmu Wahyu.

Antara objektif program ini ialah :

  1. Memberi pendedahan tentang cara-cara solat yang betul kepada murid-murid SKTPJ3.
  2. Memperbaiki bacaan dan gerakan solat murid-murid.
  3. Menggalakkan amalan solat secara berjemaah dalam kalangan murid-murid.
  4. Mewujudkan hubungan silaturrahim antara murid-murid SKTPJ3 dan pelajar SMIHJB.
  5. Memupuk sikap kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar SMIHJB.

Pada hari pertama, aktiviti Kem Smart solat ini ialah penerangan fasilitator kepada peserta berkaitan Wudhu, bacaan solat dan perlakuan solat. Alhamdulillah semua peserta memberi perhatian pada setiap input yang diberikan

Pada hari kedua, program dimeriahkan dengan aktiviti Eksplorasi Bijak Solat, bertemakan pengetahuan tentang solat dan wudhu. Terdapat 8 checkpoint disediakan dan setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan

Jazakumullahu khayran diucapkan kepada Puan Siti Summayah binti Saa’adon selaku Penyelas Program Kem Smart Solat dan pihak pentadbir SK Taman Permas Jaya 3 atas peluang kerjasama yang diberikan

Alhamdulillah program ini memberi peluang kepada fasilitator pelajar SMIHJB dalam menyantuni dan memberi bimbingan berkaitan solat kepada pelajar- pelajar SK Taman Permas Jaya 3

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Guru penyelaras fasilitator dan eksplorasi Kem Smart Solat,
Ustazah Nur Hidayah binti Junaidi

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda