SMIHJB | Program Bulan Kebangsaan dan Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Bulan Kebangsaan 2024

Bertarikh 9 September 2024 hari Isnin Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah mengadakan satu program tahunan iaitu sambutan Bulan Kebangsaan selama satu hari dengan pelbagai pertandingan dan acara yang telah dipertandingkan. Antara pertandingan yang dipertandingkan seperti pertandingan deklamasi sajak, pertandingan melukis poster, pertandingan sebabak, pertandingan kuih tradisional, pertandingan dekorasi kelas patriotik, pertandingan sukan rakyat dan lain-lain lagi telah mendapat sambutan dari para pelajar. Penyertaan para pelajar bukan sahaja menunjukkan bakat dan kreativiti, tetapi juga semangat cintakan negara dan keamanan. Hari yang dinantikan telah pun tiba iaitu majlis penyampaian hadiah sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024 telah berjaya disempurnakan dengan jayanya pada hari Isnin bertarikh 30 September 2024. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Pengetua, Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan serta PK HEM, Ustazah Hamizah binti Othman. Acara ini diadakan bagi meraikan para pemenang yang telah menyertai pelbagai pertandingan dan acara yang dianjurkan sepanjang tempoh yang ditetapkan. Diraikan juga dengan hadiah cabutan bertuah yang telah diadakan oleh sebuah gerai yang dikendalikan oleh seorang alumni sekolah untuk memeriahkan lagi program bulan kebangsaan kali ini. Semoga acara ini dapat menjadi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus menghargai kemerdekaan dan semangat kebangsaan.

Sekian.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda