Sebanyak 3 pasukan telah mewakili Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dengan menyertai Pertandingan Debat Antara Sekolah anjuran IIUM World Debate And Oratory Centre (IWON).

Pertandingan Debat Pusingan awal bermula 13 Jun 2025 hingga 15 Jun 2025 yang dilaksanakan secara dalam talian dan dipantau di Bilik Kokurikulum, Makmal Bahasa dan di kelas 4 Abqari. Semua peserta bersiap sedia dengan menggunakan komputer riba mudah alih yang telah disediakan oleh Kelab Bahasa & Depikir Sekolah.
SMI HIDAYAH A

Kiri: Khalisatul Iman Binti Azlan, Hana Binti Mohamad Azmi
SMI HIDAYAH B

Kiri: Aisyah binti Mohamad Kusairi, Marissa Anis Zafirah binti Mohd Ariffin
SMI HIDAYAH C

Kiri: Ahmad Afnan bin Muhammad, Irsyad Ahmad Firdaus
Setelah berhempas pulas bersaing dengan pasukan debat daripada pelbagai sekolah, alhamdulillah pasukan SMI HIDAYAH A berjaya ke Pusingan Menang Mara Pertandingan Debat Antara Sekolah. Pertandingan Debat bagi Pusingan Menang Mara telah dilakukan secara fizikal di Kuliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.



Pasukan SMI HIDAYAH A sekali lagi bersaing sengit dengan 32 pasukan dalam kalangan sekolah-sekolah berasrama penuh, sekolah-sekolah agama dan kebangsaan dari seluruh Malaysia.
Setelah melalui 4 pusingan, pasukan SMI HIDAYAH A tidak dapat melepasi ke peringkat kalah mati. Namun, cabaran dan pengalaman dalam menyertai pertandingan ini amat berharga terutama kepada semua barisan pendebat sekolah.
Terima kasih kepada ibu bapa dan pihak sekolah yang memberikan sokongan dan peluang ini kepada peserta-peserta debat MISDC kali ke-22. Jzkk.
Siti Aminah Mazlan Pengurus Kelab Debat Bahasa Inggeris