SMIHJB | NLAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM PRINSIP PERAKAUNAN 2025SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU

Pada Sabtu, 15 November 2025, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah berjaya menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM Prinsip Perakaunan 2025 bertempat di Dewan Qadisiyah. Bengkel ini diadakan khusus bagi para pelajar Tingkatan 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang.

Bengkel ini bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disertai oleh seramai 46 orang pelajar. Penceramah jemputan bagi sesi ini ialah Encik Hadi bin Kamaldin, Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Antara pengisian penting yang disampaikan termasuk:

  • Teknik menjawab mengikut format SPM terkini
  • Strategi memahami kehendak soalan
  • Tips pengurusan masa ketika menjawab
  • Kesilapan lazim yang perlu dielakkan

Bengkel ini telah memberikan pendedahan yang bermanfaat dan meningkatkan keyakinan pelajar untuk menduduki peperiksaan. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah dan semua yang telah menjayakan bengkel ini.

Disediakan Oleh:
Ustzh Siti Suhailah Tasmon
Ustah Siti Shamtidar Boahari

Guru Prinsip Perakaunan
SMIH JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda