SMIHJB | NADWAH KEPIMPINAN MUSLEH TINGKATAN 4

Pada 6 – 8 Sep 2024 telah berlangsung Program Nadwah Kepimpinan Musleh Ting 4 yang bertempat di Nur Lembah Pangsun, Selangor.

Program ini telah menggabungkan semua sekolah Musleh seluruh Malaysia yang disertai oleh 150 pelajar dari 17 buah sekolah. Seramai 28 orang murid Tingkatan 4 yang juga merupakan PRS Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menyertai program tersebut.

Program tahunan ini dianjurkan dengan objektif untuk merapatkan ukhuwah islamiah dalam kalangan Kepimpinan Pelajar sekolah-sekolah Ikram Musleh, mempersiapkan barisan pelapis yang bertanggungjawab untuk menggerakkan dan membantu dalam menjayakan Misi dan Visi sekolah, mempelajari gaya kepimpinan menerusi Qudwah Hasanah serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan rakan sekerja.

Para peserta telah melalui pelbagai aktiviti antaranya sesi perkongsian daripada beberapa penceramah jemputan seperti Dr. Ammar Shahrim (Pakar Anestesiologi@Alumni Sekolah Al Amin Gombak) dan Tuan Hafiz Bai (Pakar Perunding Motivasi), aktiviti debat Nadwah, dan juga melaksanakan perbincangan dalam kumpulan (LDK).

Dengan tema ‘Ibdak Binafsik’ (bermula dengan diri sendiri) diharapkan semoga semua peserta program ini dapat memastikan elemen ukhuwah dalam organisasi kepimpinan menjadi teras dalam menggerakkan bahtera dakwah dan tarbiyah di sekolah dan terus mengejar kecemerlangan dalam seluruh aspek kehidupan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda