SMIHJB | MUKHAYYAM GANTIAN 2025

Alhamdulillah, pada 12  & 13 Disember 2025 telah berlansung Mukhayyam Gantian Peringkat Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

Program Mukhayyam merupakan salah satu nilai aktiviti yang wajib diikuti oleh semua pelajar. Mukhayyam Gantian dilaksanakan bagi mengisi dan melengkapkan aktiviti pelajar yang ketinggalan menyertai sesi Mukhayyam sepanjang tahun 2025. Gabungan semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 ini, mengumpulkan mereka seramai 41 orang  sebagai peserta.

Program Mukhayyam ini menyasarkan objektif seperti, melatih setiap pelajar untuk berdisiplin menepati masa, membentuk sahsiah mematuhi peraturan sekolah dan agama, mengeratkatkan tahap ukhwah dalam kerjasama berpasukan dan seterusnya menguasai ilmu asas KRSM kepada peserta.


Alhamdulillah, program ini mencapai sasaran yang ditetapkan. Para pelajar sangat komited sepanjang sesi program berlangsung. Ketepatan masa menjayakan program ini dengan lancar.  Antara aktiviti diadakan  berpasukan ialah membina pengkalan dan memasak. Pelajar diberi tema masakkan sahaja. Segala peralatan dan bahan masakkan perlu disediakan secara berkumpulan. Selain itu , Pelajar diberi santapan rohani dalam slot Mabit dibawah unit Tarbiah SMIH JB. Bagi sesi pagi, pelajar turut diberi jadual Hirosah yang mana menjadi tanggungjawab bersama-sama menjaga keselamatan semua. Turut diserikan dengan aktiviti Qiamulail berjemaah sehingga tazkirah subuh.

Mukhayyam Gantian ini juga menerapkan ilmu kemahiran asas yang dijalankan dibawah unit Kadet Remaja Sekolah (KRS) melalui slot ikatan dan pertolongan cemas (CPR) . Aktiviti menarik sepanjang sesi Mukhayyam Gantian ini juga meraikan kejayaan pelajar dalam menjayakan program dengan lebih baik.  Semoga suntikkan  dari Program Mukhayyam Gantian ini, memberi titik minat, keyakinan dan kesungguhan para pelajar untuk tidak ketinggalan dalam semua aktiviti yang disediakan diperingkat sekolah khususnya. Syabas dan Tahniah kepada semua pelajar,  guru-guru ,  dan sokongan daripada ibu bapa yang telah menjayakan Mukhayyam Gantian 2025.

Disediakan oleh ,

Izyan Liyana binti Azman
Setiausaha Mukhayyam Gantian 2025

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda