SMIHJB | MALAYSIAN NATIONAL SCHOOLS BRITISH PARLIAMENTARY DEBATING CHAMPIONSHIP (MNSBP) 2025

Sebanyak 3 pasukan telah mewakili Sekolah Menengah Islam HidayaH Johor Bahru dengan menyertai Pertandingan Debat anjuran Malaysian Institute Debate & Public Speaking (MIDP).

Ketiga-tiga pasukan perlu melalui 4 Pusingan Awal bagi mendapatkan mata tertinggi dan ranking dengan menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Pertandingan Debat selama 2 hari dari 20 Julai 2025 hingga 21 Julai yang dilaksanakan di College University Taylor Lakeside Campus, Subang Jaya.

Pasukan HIDAYAH A diwakili oleh Hana Binti Mohamad Azmi dan dan Alia Najiha Binti Abdul Halim.

Pasukan HIDAYAH B diwakili oleh Irsyad Ahmad Firdaus dan Marissa Anis Zafirah Binti Mohd Ariffin

Pasukan HIDAYAH C diwakili oleh Ahmad Fakhri Bin Mohd Arif dan Muhammad Adlin Zarif Bin Mohd Ariffin.

Mereka hanya ada 15 minit berbincang sebelum mula bertanding bagi setiap pusingan.

Memandangkan pertandingan debat kali ini sebanyak 60 buah pasukan daripada pelbagai jenis sekolah berhempas pulas bersaing dengan sekolah yang berbeza-beza latar belakang. Pasukan HIDAYAH A telah mendapat tempat ke-25, pasukan HIDAYAH B tempat ke-34 dan HIDAYAH C tempat ke-53. Namun begitu, mereka tidak dapat melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Apa-apa pun, ketiga-tiga amat bersyukur dapat menyertai pertandingan MNSBP pada tahun ini kerana berpeluang bersaing dengan banyak sekolah POWERHOUSE dan merapatkan hubungan dengan pelbagai kaum, bangsa & agama. Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

Siti Aminah Mazlan

Pengurus Kelab Debat Bahasa Inggeris.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda