Alhamdulillah pada 12 JUN 2023 di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah berlangsung satu majlis silaturrahim penuh muhibbah antara pihak Firma Guaman Ikbal Salam & Associate (IKSA) Prihatin & Yayasan Pendidikan Hidayah .
Majlis ini disempurnakan Bersama Ummi Hjh Rafeah Binti Dato’ Hj Kiai Shamsuddin selaku Penaung Ikbal Salam & Associate (IKSA) Prihatin ditemani anak beliau Tuan Hj Mohd Fahmi Bin Salam , YDP MPK turut serta Puan Nor Shah Hidayah bt Ibrahim . Manakala Tn Haji Ahmadon bin Bakri selaku Pengurus Besar Yayasan Pendidikan Hidayah bersama Tn Haji Hassan bin Hushin selaku Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah serta Tn Haji Mohd Jelani Ramli selaku Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah .
Majlis penyerahan cek berjumlah RM45K ini bertujuan bagi menaik taraf Bilik Kokurikulum dan Makmal Bahasa bagi melancarkan aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah . Kami sangat berbesar hati kerana dalam majlis ini juga Ummi Hajah Rafeah telah bersetuju menyempurnakan bacaan doa buat kami agar semua aktiviti dan program di bawah YPH dan PPH serta pembangunan SMIH terus maju cemerlang dalam rahmat dan barakah Allah.
Pihak YPH dan PPH amat berharap hubungan ini terus berlangsung dengan baik dan banyak lagi kerjasama dan kolaborasi yang dapat di usahakan sebagai sebuah pasukan dalam usaha melahirkan anak-anak muda yang dedikasi , berilmu dan berakhlak mulia serta mampu menjadi pemimpin menepati arus perdana dunia global pada masa ini.
Setinggi penghargaan dan terima kasih sekali lagi kepada Firma Guaman IKSA Prihatin dan Tn Hj Fahmi Salam YDP MPK atas kesudian singgah sebentar hadir dan menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan ini . Moga Allah terus mengurniakan kejayaan yang lebih cemerlang kepada Firma Guaman IKSA Perihatin dalam rahmat dan kasih sayangNya.
Wassalam.