Alhamdulillah, pada pagi Selasa, 3 Mac 2026, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pemasyhuran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas Baharu Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru sempena perhimpunan rasmi sekolah.
Majlis pemasyhuran ini melibatkan seramai 36 orang PRS dan 36 orang pengawas yang telah dilantik dan mula menjalankan tugas secara rasmi pada 12 Januari 2026. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, sahsiah terpuji dan potensi kepimpinan yang ditunjukkan oleh para pelajar yang terpilih.
Sejurus selepas majlis pemasyhuran, semua barisan qiadah sekolah yang terdiri daripada PRS, pengawas serta kepimpinan Kadet Remaja Sekolah (KRS) termasuk Sarjan, Staf Sarjan dan Pegawai Waran telah mengangkat ikrar. Ikrar tersebut diketuai oleh Ketua Pelajar iaitu Ahmad Faiz Azhar bin Fahrol Fahmy, sebagai tanda komitmen dan kesungguhan dalam memikul amanah yang diberikan.
Majlis ini bukan sahaja menjadi simbolik pelantikan rasmi, malah menjadi titik permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar dalam membentuk budaya kepimpinan yang berintegriti dan berdisiplin. Diharapkan agar barisan qiadah SMIH JB terus komited dalam mendukung agenda sekolah untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan mampu memimpin dengan cemerlang.
Semoga dengan pemasyhuran ini, kepimpinan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru akan terus maju ke hadapan dan menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah.
Disediakan oleh,
Nur Hidayah Junaidi
Guru Unit Pembangunan Qiadah (UPQ) 2026
SMIH JB








