Pada hari terakhir Ramadan di sekolah iaitu 4 April 2024 bersamaan 25 Ramadan 1445 Hijrah, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah anjuran Bidang Tahfiz. Objektif utama program ini dijalankan adalah bagi menerapkan kebiasaan membaca Al-Quran terutamanya dalam bulan Ramadan agar dapat diteruskan pada bulan-bulan seterusnya. Selain itu, Majlis Khatam AlQuran ini juga menampilkan wakil murid yang baik bacaannya untuk dijadikan contoh kepada murid di dalam kelas masing-masing.
Program ini berlangsung selama 4 jam iaitu bermula daripada 10.15 pagi sehingga jam 2.15 petang. Bertemakan ‘Tenang Bersama Al-Quran’, murid-murid dan guru-guru telah ditempatkan di 2 tempat berasingan jantina tetapi dengan tentatif program yang sama; murid banin di Dewan Tabuk manakala murid banat di Dewan Qadisiyyah. Program ini juga bersiaran secara langsung di Youtube Media SMIH Hidayah JB ( https://www.youtube.com/watch?v=30m8cghUYww ).Pengacara majlis di tempat banin adalah Muhammad Umair Irsyad bin Zulkhairul bergandingan Bersama Ahmad Muaz bin Hairul Arifin. Manakala di tempat banat pengacara yang budiman ialah Nur Afiqah Aina binti Mohd Ismee dan Nurul Akma Athirah binti Abdul Halim Sideek
**** gmbar pengacara majlis banin & banat
Majlis dimulai dengan bacaan tilawah khatam Al-Quran beramai-ramai Bersama wakil kelas masing-masing diikuti dengan perasmian oleh Puan Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah, Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan di dewan Tabuk manakala Penolong Kanan Akademik,Ustazah Mashida bt Sakrani di Dewan Qadisiyyah. Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah mereka yang berjaya menghabiskan bacaan tilawah sebelum 3 April 2024 secara berseorangan sepanjang bulan ramadan ini. Seramai 205 orang murid Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru berjaya menghabiskan khatam tilawah fardhi dan berjaya menghantar pengrekodan kepada guru-guru tilawah masing-masing. Selain itu, penyampaian hadiah bagi program Ihya’ Ramadan turut diberikan kepada pemenang. Antaranya adalah program ‘Ibadah Challenge’ , ‘Adogapatu?’ , ‘Talk-talk Ramadan’ , dan Tabung Ramadan.