SMIHJB | MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JB KALI KE 28

4 July 2024

Tanggal 29 Jun 2024,Sabtu bersamaan 22 Zulhijjah telah berlansungnya Majlis Ihtifal kali ke 28 SMIH bertempat di Kompleks Mutiara Johor Land.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Hairi bin Rojingee mewakili Tn Hj Samsudin b Mahdi, Pegawai Pendidikan Islam Johor Bahru.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid- murid SMIH yang telah melakar kecemerlangan dalam keputusan SPM,SPPIM,Peperiksaan Akhir Tahun dan Hafazan.Bukan itu sahaja penghargaan juga diberikan kepada murid-murid yang telah mempamerkan kecemerlang dalam kokurikulum.

Tema ihtifal yang dipilih pada tahun ini ialah “Murid Bestari Digital, Aspirasi Generasi Madani” Sekolah Menengah Islam Hidayah, ingin melahirkan anak-anak fasih digital agar mereka berupaya untuk meneroka, melaksanakan, dan menggunakan teknologi digital bukan sahaja untuk mempertingkatkan ilmu yang dipelajari, malah untuk menyampaikannya kepada masyarakat.

Sekitar majlis tersebut,terdapat juga pameran berkenaan perkembangan dan kejayaan sekolah dam bidang kurikulum dan kokurikulum.Selain itu,terdapat juga pameran dari Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,Polis Diraja Malaysia dan lain-lain.Selain itu,terdapat juga jualan dari pihak gerai.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada organisasi dan individu yang menjadi  penaja sama ada dalam bentuk kewangan,makanan,peralatan dan lain- lain untuk majlis ihtifal kami.
Semoga segala sumbangan yang diberikan oleh kalian mendapat sebesar- besar ganjaran dari Allah swt disisinya.

Terima kasih diucapkan kepada pengetua Puan Seri Juli Emas Wati binti Adnan serta team JPS Pn Mashida Sakrani,Pn Hamizah Othman,Pn Norhawanis Samion dan Pn Siti Shamtidar Boahari atas sokongan,panduan dan khidmat nasihat sehingga majlis dapat dilaksanakan dengan lancar.

Majlis bersurai tepat jam 1.30 petang.

Disediakan oleh:
Pengarah Ihtifal 2024

Kongsikan dan Sebarkan