SMIHJB | Majlis Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2025

Alhamdulillah, tanggal 9 Ogos 2025,  telah berlangsungnya Majis Anugerah Musleh  (HARUM) 2025. Majlis yang gilang gemilang telah berjalan lancar di Evo Mall Bangi Bandar Baru Bangi. Sebagaimana nama majlis  HARUM,  begitulah Harumnya kejayaan yang dicapai oleh Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru SMIH Jb. Berkat usaha yang tidak pernah jemu, doa yang berterusan,  sokongan dan dorongan Lembaga Pemegang Amanah PPH, Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG ,  maka hadirlah anugerah demi anugerah buat delegasi SMIH dibawah kepimpinan pengetua berdedikasi, Ustazah Seri Juli Emas Wati Adnan.

Majlis anugerah dirasmikan oleh YBrs. Dr Muhammad Razak Bin Idris , Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sebanyak 31 anugerah telah diterima oleh SMIH Johor Bahru hasil usaha gigih warga Hidayah selama 30 tahun sejak 1995-2025) yang merangkumi penghargaan buat guru-guru , pelajar dan pihak pengurusan sekolah. Berikut ialah senarai anugerah yang diterima oleh SMIH Johor pada majlis penghargaan HARUM.

1. Anugerah Khas Akademik – Unggul SPM PIALA CLE

2. Anugerah Pengurusan Cemerlang

3. Anugerah Kecemerlang Akademik SPM (12 Subjek, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,  Sains, Matematik, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Prinsip Perakaunan, Pendidikan Syariah Islamiah,

4. Anugerah Akademik SPPIM ( Hadis, Fekah, Al-Quran Hafazan, Al-Quran Tilawah, Akidah)

5. Anugerah Guru Inovatif – Ekstra Kurikulum ( Ustz Ezaidin Norman)

6. Kategori pelajar

   1. Anugerah Cemerlang Sukan & Permainan ( banin : Muhammad Aqil Fahmi Bin Mohamed Ali & banat Khadijah Afifah Binti Ahmad Wafi)

   2. Tokoh KRSM ( banat: Aleeya Najwa Binti Nor Azan)

   3. Tokoh Kepimpinan ( banin : Ayman Bin Azarisman Shah & banat: Wan Nur Nabilah Binti Zamri)

   4. Anugerah Huffaz ( banat: Ameera Aesya Binti Arman)

   5. Anugerah Kreatif & Inovatif ( banin : Nabil Iman Bin Mohd Hafidz & banat Haifa Ruqayyah Binti Mohd Hanafi)

   6. Anugerah Khidmat Masyarakat ( banin : Ahmad Fauzan Bin Abd Razak)

  7. Tokoh Pelajar Unggul ( banin : Wan Amirul Rasyid Bin Mohd Nizam & banat Wan Nur Nabilah Binti Zamri)

Alhamdulillah untuk kategori pelajar, SMIH JB menggondol 50% anugerah yang dipertandingkan ( 11/22).

Anugerah yang diterima ini bukan bermakna, SMIH JB boleh mendabik dada dan alpa  dibuai dengan ucapan-ucapan tahniah, tetapi anugerah ini menjadi motivasi dan perangsang  untuk semua warga SMIH Jb meningkatkan prestasi dan dalam masa yang sama mengikut resmi padi, semakin tunduk, semakin berisi….Terima kasih, Thank you, Jazakumullah yang tidak terhingga buat semua untuk kejayaan ini….

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda