Pada 14-15 November 2025, telah dijalankan program Mabit kali ke-3 bagi pelajar Tingkatan 1 bermula pada jam 3 petang dengan sesi taklimat dan mindsetting yang bertujuan memberikan motivasi dan panduan kepada para peserta. Selepas solat Asar, para pelajar menjalankan aktiviti games dan riadhah yang telah disusun oleh abang dan kakak PRS.
Setelah selesai sesi khidmat diri, peserta menikmati makan malam dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk menyelesaikan wajibat seperti tilawah Al-Quran dan zikir, bagi menambah kekuatan rohani.
Pada sesi malam, selepas solat Isyak berjemaah, saudari Asilah Hanis Suhaizan, alumni batch ke-18, telah menyampaikan sesi pengisian bertajuk “Taat” yang memberi inspirasi dan pengajaran mendalam kepada para pelajar.
Keesokan harinya, para pelajar dibangunkan seawal jam 4.30 pagi untuk persiapan qiam jamai dan solat Subuh berjemaah. Selepas selesai khidmat diri, mereka berkumpul untuk sesi bergambar batch sebagai kenangan sebelum bersurai pada jam 7.30 pagi.
Manakala pada 27 November pula telah diadakan Daurah dari jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari yang disampaikan secara selari oleh Dr Adnan Omar dan Saudara Sabir yang merupakan alumni batch ke-24.
Semoga program mabit kali terakhir pada tahun ini membangkitkan motivasi murid-murid untuk terus beramal soleh.
Disediakan oleh,
Penyelaras Tarbiyah Tingkatan 1






