SMIHJB | MABIT DAURAH TING 3 KE-328-29 Nov 2025

Alhamdulillah pada 28 & 29 Nov 2025 telah berlangsung Mabit dan Daurah Ting 3.

Pelbagai aktiviti berjaya dilaksanakan antaranya riadah berkumpulan, ceramah pengisian tentang ‘Kita Hamba Pendosa’, ‘Cabaran Hedonisme’ dan ‘Syahadatain’.

Malam pula terisi dengan solat Qiamulail dan diimamkan oleh murid T3 sendiri, dan diakhiri dengan solat Subuh berjemaah dan tazkirah.

Mabit ini dikendalikan oleh Majlis Tertinggi Batch AXXIX yang diketuai oleh Sdr Hamzah Faizal (3 Ist) dan Sdr Darryn Hannah (3 Int) di bawah bimbingan Guru Penyelaras iaitu Ust Norsamsidar, Us Kamarul Kalam, Ust Khadijah, dan Ust Noradilin.

Objektif mabit dan daurah ini antaranya untuk memberi kesedaran tujuan hidup manusia, menerapkan perasaan ukhuwah, dan tanggungjawab bagi murid ting 3.

Keseluruhannya, Mabit dan Daurah Ting 3 ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada sokongan ibu bapa, murid dan guru-guru yang menjayakan program ini.

Guru Penyelaras Tarbiyah Ting 3 2025

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda