Alhamdulillah pada 24 November 2025 telah berlangsung Daurah Tingkatan 2.
Pengisian utama disampaikan oleh Ustaz Ahmad Taufiq bin Jaafar dengan tajuk Manhaj Hidup Muslim yang disertai oleh Katibah KUA dan KAT. Bagi katibah KUZ, pengisian utama disampaikan oleh Dr. Adnan bin Omar dengan tajuk Ini Peranan Kita.
Daurah kali ini berlainan sedikit kerana dilaksanakan secara berasingan dengan Mabit.
Selain pengisian utama, aktiviti lain yang diadakan dalam daurah ialah LDK. Dalam aktiviti LDK, katibah KUA dan KAT ditugaskan merancang satu program batch yg bertujuan membangunkan batch dari segi ilmu dan akhlak. Manakala katibah KUZ diberi satu situasi dan murid dikehendaki mencadangkan peranan mereka dalam menangani situasi tersebut. Selepas perbincangan dalam kumpulan masing-masing, murid dikehendaki membentangkan hasil perbincangan tersebut.
Daurah berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari.
Program Mabit pula telah dilaksanakan pada minggu yang sama iaitu 28-29 November 2025 terisi dengan aktiviti Riadah, Solat & Al-Mathurat, Tazkirah (Bedah Lagu), Pengisian Mabit, bacaan Al-Mulk, Qiam Jamaie dan sesi fotografi batch. Muwajjih bagi Pengisian Mabit banin disampaikan oleh En Khairyl Muadz manakala Muwajjih banat disampaikan oleh Pn Izzah Fadhil. Tajuk Mabit kali ini ialah Ilmu Penyuluh Hidup.
Mabit kali ke-3 ini dikendalikan oleh Majlis Tertinggi Batch 30 yang diketuai oleh Saudara Muhammad Zafran bin Mohd Zarhamdy (2 Islah) selaku pengarah dan Saudari Nik Awatif Rumaysa binti Nik Mohd Abduh (2 Thiqah ) selaku timbalan pengarah di bawah bimbingan Guru Penyelaras iaitu Ustazah Nur Hidayah Junaidi, Ustaz Muhammad Mudzakkir bin Mohd Sani, Ustaz Masdinizam Shamsudin Shukor, Ustazah Uzma Mohd Tahir, dan Ustazah Sulaimah binti Abd Wahid. Kebanyakan aktiviti dikendalikan oleh MT batch dengan pantauan guru penyelaras, gguru mentor dan murabbi PRS.
Keseluruhannya, alhamdulillah program Mabit dan Daurah Tingkatan 2 ini berjalan dengan lancar. Namun, masih banyak perkara yang boleh diperbaiki di masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada sokongan ibu bapa, murid dan guru-guru yang menjayakan program ini.
Guru Penyelaras Tarbiyah Tingkatan 2 2025


























