SMIHJB: Mabit Dan Daurah "Online" Tingkatan 3

Selasa, 15 Disember 2020| Alhamdulillah, unit Pembangunan Sahsiah Murid Sek Men Islam Hidayah, telah mengadakan Program Mabit & Daurah secara online bagi semua murid Tingkatan 3. Program ini juga merupakan program tarbiyah penutup bagi tahun 2020.

Batch: Chromium 24
Tarikh: 15-16 Disember 2020
Masa: 6.30 petang – 11.15 pagi
Kehadiran: 85%
Tajuk Mabit: Taqwa
Tajuk Daurah: Apa peranan kita sebagai Muslim?

Program MABIT bermula pada jam 6.30 petang dan berakhir dengan program Daurah pada keesokkannya.
Malam MABIT diisi dengan tajuk TAQWA yang disampaikan oleh alumni SMIH batch 13, Ustaz Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam Fikry melalui medium Google Meet. Kehadiran peserta amat memberansangkan dengan seramai 100 murid yang dapat hadir secara maya.

Pengisian daurah banin pula telah disampaikan oleh Akh Yusuf Zamani yang merupakan alumni SMIH batch 16, manakala bagi banat telah disampaikan oleh Ukht Adibah Rosbi alumni batch 17. Setelah berakhir daurah, telah berlangsung sesi bersama MT batch, guru penyelaras dan juga ahli batch. Dalam sesi ini telah disampikan beberapa nasihat, pesan dan amanat kepada semua ahli batch agar terus istiqamah menjaga amal fardi dan berjaya untuk menempuh kehidupan baru tingkatan 4 kelak.

Alhamdulillah, dengan peratus kehadiran murid yang tinggi, semoga menjadikan program MABIT & Daurah Tingkatan 3 mencapai objektif menjadi generasi rabbani dan menjadi bekalan yang baik kepada murid dalam membentuk semangat agar terus membina jati diri sebagai muslim sejati.

Jazakumullah khairan katsira kepada semua yang terlibat terutama kepada Guru Penyelaras Tingkatan 3, Unit Tarbiah Murid, Unit Pembangunan Sahsiah Murid, ibu bapa dan murid-murid Tingkatan 3 sehingga berlangsungnya program ini dengan jayanya.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda