Pada tarikh 21 dan 22 November 2024, telah berlangsung program Mabit dan Daurah bagi murid Tingkatan 4 QAF 27. Seramai 79 murid banin dan 71 murid banat telah hadir. Objektif mabit dan daurah kali ini adalah untuk mempunyai jati diri islam dan maruah yang terpelihara dan untuk menerapkan rasa jujur kepada diri sendiri.
Penyampai pengisian program mabit kali ini bagi Banin, Ustaz Halimi Ali Yahad guru SRIH JB dan bagi Banat, Ustazh Khadijah Salim, guru SMIH dengan tajuk Jujur manakala pengisian daurah bertajuk Mukmin Cemerlang.
Program ini dikendalikan oleh MT Batch Qaf 27 di bawah bimbingan Guru Penyelaras Tarbiah Tingkatan 4 yang terdiri daripada Ustaz Mohd Fikri Abd Rahman, Ustazah Hilsha Hashim Ustazah Khadijah Salim dan ‘Uzma Mohamad Tahir serta guru mentor Tingkatan 4.
Semoga murid memperoleh manfaat daripada program ini untuk membina diri menjadi individu muslim yang soleh dan musleh.