SMIHJB | LAWATAN SMPI AL HASANAH,BENGKULU INDONESIA KE SEK MEN ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

29 October 2023

Pada Isnin, 16 Oktober 2023, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menerima tetamu dari negara jiran iaitu Sekolah Menengah Pertengahan Islam(SMPI) Al Hasanah, Bengkulu, Indonesia. Mereka terdiri seramai 102 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring. Guru pengiring diketuai oleh Kepala Sekolah iaitu Ibu Riantika.

Kedatangan tetamu disambut meriah dengan paluan kompang oleh pasukan kompang SMI Hidayah. Tetamu diraikan di Dewan Qadisiyah dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Ustaz Ahmad Taufiq Jaafar, diikuti dengan penerangan ringkas mengenai Sekolah Menengah Islam Hidayah oleh puan pengetua, Ustazah Seri Juli Emas Wati Adnan. Pihak SMPI Al Hasanah seterusnya memberi ucapan balas diwakili oleh Ustaz Zulfikar.

Kehadiran tetamu dari SMPI Al Hasanah ini turut diraikan oleh murid-murid dari tingkatan 2 Taqwa dan 2 Islah . Hadirin seterusnya berpeluang menyaksikan persembahan “Story Telling” oleh wakil murid dari SMPI Al Hasanah dan murajaah hafazan Juzuk 29 secara duet SMIH dan SMPI Al Hasanah. Bagi pihak SMI Hidayah diwakili oleh Aidi Hafiz bin Norazli dari 3 Intisor.

Murid-murid pelawat dari SMPI Al Hasanah diberi peluang untuk mengajukan soalan berkenaan SMI Hidayah. Dan peluang ini disambut baik oleh mereka. Pelbagai soalan berkenaan SMI Hidayah diajukan. Di akhir acara, peserta lawatan dan murid tingkatan 2 Taqwa dan Islah telah diberi ruang untuk interaksi dan bertukar-tukar pandangan sesama mereka. Meskipun masa agak terhad kerana jadual ketat SMPI Al Hasanah sepanjang di Malaysia, diharapkan acara-acara ini dapat merapatkan ukhuwah di antara dua sekolah.

Semoga lawatan ini membawa rahmah dan keberkahan untuk warga SMI Hidayah dan SMPI Al Hasanah, Bengkulu, Indonesia.

smihjb23
Ilmu#amal#memimpin

Kongsikan dan Sebarkan