SMIHJB | LAPORAN RINGKASPROGRAM SEMARAK SUBUH DUN PUTERI WANGSA 2026

Alhamdulillah , anak-anak SMIHJB telah diizinkan Allah untuk turut serta dalam program Semarak Subuh bersama Menteri Besar Johor DI Surau An-Nur Kg Sinaran Baru sebagaimana maklumat di bawah :

Program : Program Semarak Subuh DUN Puteri Wangsa bersama YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor
Hari/Masa :25 Februari 2026 (Rabu)
Masa :jam 5.30 pagi,
Bilangan :35 orang pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah
Tempat : Masjid An-Nur, Kg Sinaran Baru
Guru Pengiring :3 guru
       
        Program ini dianjurkan bagi mengimarahkan masjid serta menyemarakkan amalan solat Subuh berjemaah dalam kalangan masyarakat.Kehadiran para pelajar mencerminkan sokongan terhadap usaha memperkukuh nilai kerohanian dan semangat kebersamaan dalam komuniti.

       Sepanjang program, para pelajar menunaikan solat Subuh berjemaah.
serta mengikuti sesi tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Qadi Johor . Program berlangsung dengan lancar dan penuh penghayatan bersempena bulan Ramadan.

        Secara keseluruhannya, program ini memberi impak positif kepada para pelajar dari segi pembentukan sahsiah, disiplin serta pengukuhan nilai keagamaan

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda