Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru
- Tajuk Program:
Program Iktikaf Perdana Sekolah Menengah Islam Hidayah - Tarikh:
6 Mac 2026 (Jumaat) - Tempat:
Masjid Sultan Ismail UTM - Penganjur:
Unit Pembangunan Sahsiah Murid,
Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru - Objektif Program:
5.1).Menghidupkan amalan beriktikaf dalam kalangan warga sekolah khususnya pada bulan Ramadan.
5.2).Memberi peluang kepada pelajar mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui ibadah seperti solat sunat, bacaan al-Quran, zikir dan doa.
Memupuk semangat ukhuwah dan kerjasama antara guru dan pelajar.
5.3).Menanam kesedaran tentang kepentingan mengimarahkan masjid sebagai pusat ibadah dan tarbiah.
- Penyertaan:
Program ini melibatkan penyertaan para guru, pelajar serta beberapa sukarelawan Alumni yang terlibat secara langsung dalam menjayakan perjalanan program. - Tentatif Ringkas Program:
Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas kepada para peserta mengenai adab2 iktikaf.
Seterusnya peserta mengikuti beberapa pengisian ibadah seperti bacaan al-Ma’thurat, tazkirah Ramadan, solat sunat, Qiam Jamaie, bacaan al-Quran secara individu dan berjemaah serta doa penutup.
Diselang2 masa juga diadakan aktiviti berkaitan Ramadan seperti puzzle dan hafalan hadis.
Program turut diselitkan dengan majlis berbuka puasa, Sahur dan solat berjemaah.
- Perjalanan Program:
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan teratur hasil kerjasama erat daripada semua pihak khususnya barisan jawatankuasa guru yang bertugas. Para peserta menunjukkan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung serta memberi kerjasama dalam setiap aktiviti yang disusun. - Pencapaian Program:
Program ini berjaya mencapai objektif yang dirancang iaitu meningkatkan kesedaran ibadah dalam kalangan pelajar serta menghidupkan suasana Ramadan melalui amalan iktikaf di masjid. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar dalam suasana ibadah. - Penutup:
Secara keseluruhannya, Program Iktikaf Perdana Sekolah Menengah Islam Hidayah pada 6 Mac 2026 ( Jumaat ) sehingga pagi ( Sabtu ) pukul 8 pagi di Masjid Sultan Ismail UTM telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi amalan ibadah dalam kalangan warga sekolah.














