Tarikh:
14 Januari 2026
Tempat:
Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru
Pengenalan Program
Program STI100³ merupakan satu inisiatif kebangsaan di bawah kempen Jom STEM! Scientist@School yang bertujuan memperkukuh minat dan pendedahan murid sekolah terhadap bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Program ini menyasarkan penglibatan 100 orang saintis dalam tempoh 100 hari di 100 buah sekolah terpilih di seluruh negara.
Objektif Program
Meningkatkan minat murid terhadap bidang STEM.
Memberi pendedahan awal tentang kerjaya dalam sains dan teknologi.
Menghubungkan pelajar sekolah dengan ahli akademik.
Menyokong usaha memperkasa pendidikan STEM di sekolah.
Majlis pengenalan STI100³ di Sekolah Menengah Islam Hidayah, JB telah menjadi titik permulaan dalam usaha memupuk budaya sains dan inovasi dalam kalangan pelajar. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif dan berterusan kepada pembangunan modal insan negara dalam bidang STEM.







