Alhamdulillah, pada 16 Mac 2026 iaitu pada hari Isnin, Unit Kebajikan Murid telah berjaya melaksanakan Program Penyampaian Bingkisan Syawal kepada anak-anak yatim yang kematian bapa atau ibu dan golongan asnaf dalam kalangan murid Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Seramai 21 orang murid yang menerima sumbangan itu.
Program yang berlangsung secara ringkas namun penuh makna ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Adam Lutfi bin Abdul Razak selaku pengerusi majlis.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Puan Pengetua, Puan Seri Juli Emas Wati binti Adnan.
Seterusnya , penyampaian bingkisan Syawal kepada para penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dan golongan asnaf. Bingkisan yang disampaikan merangkumi kuih raya serta sumbangan wang tunai sebagai tanda keprihatinan dan sokongan bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hati mereka, khususnya dalam menghadapi Syawal tanpa kehadiran insan tersayang, di samping menyemai rasa kasih sayang dan keinsafan dalam kalangan semua pihak yang terlibat.
Program diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan manis bersama.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam menjayakan program ini dikurniakan keberkatan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Disediakan oleh:
Siti Salwa binti Saringat
Ketua Unit Kebajikan
Sekolah Menengah Islam Hidayah
Johor Bahru

