Program Malam Bina Iman dan Takwa (MABIT) Ke-3 Tingkatan 2 (Batch 31) telah berlangsung pada 25 September 2026, bertempat di Sekolah Menengah Islam Hidayah, dengan penyertaan seramai 182 orang. Program anjuran Unit Tarbiyah ini bertujuan memupuk keimanan, meningkatkan penghayatan Islam serta membentuk sahsiah diri murid.
Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah penyampaian petang oleh Saudara Anas pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang dan penyampaian malam oleh Dr. Razali, bekas pensyarah, pada pukul 8.30 hingga 10.30 malam. Program turut diserikan dengan aktiviti riadah pada sebelah petang dan qiam sebelum subuh bagi mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT serta membina disiplin diri murid.


