Alhmdulillah, Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM telah dapat dilaksanakan pada 7
Ogos 2025 (Hari Khamis).
Program bermula pada jam
2.00 hingga 5.15 petang bertempat di Dewan Khandak, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.
Program secara berkala ini dianjurkan oleh Bidang Bahasa melalui
Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Unit SEP (Kecemerlangan SPM).
Sasaran program melibatkan
murid Tingkatan 5 @ Batch Qaf yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada bulan November tahun ini.
Penganjuran program ini adalah untuk:
- Mendedahkan murid kepada teknik menjawab soalan Bahasa Melayu SPM dengan lebih berkesan.
- Membimbing murid memahami format dan kehendak soalan peperiksaan sebenar.
- Menanamkan sikap yakin diri dan bersedia dalam kalangan murid dalam usaha meningkatkan prestasi pembelajaran mereka dalam subjek Bahasa Melayu yang menjadi syarat utama untuk lulus dalam SPM.
Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Haji Ujang Mohammad, yang merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan Munsyi Dewan dari Sekolah Tun Fatimah (STF). Pengisian
ceramah selama tiga jam merangkumi teknik menjawab Kertas 1 (karangan), Kertas 2 (pemahaman, rumusan, dan tatabahasa), serta contoh-contoh jawapan cemerlang berdasarkan soalan tahun-tahun lepas.
Semoga program seperti ini dapat menambah kemahiran murid-murid SPM untuk terus belajar dan tekun dalam usaha mencapai kecemerlangan, seperti mana maksud ayat daripada Surah Al Ankabut: 69,
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
Ayat ini menekankan bahawa ketekunan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu akan diberi ganjaran dan petunjuk oleh Allah SWT. Hal Ini bersesuaian dengan semangat murid yang gigih menyertai bengkel ini demi kecemerlangan SPM.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah, terutama kepada Pengetua SMIH, Ustazah Seri Juli Emas Wati Adnan, PK Akademik , Ustazah Mashida Sakrani , guru-guru Bahasa Melayu dan semua guru SMIH yang sentiasa menyokong pelaksanaan program ini.
Disediakan oleh,
Panitia Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Islam Hidayah
Johor Bahru.
