SMIHJB | LAPORAN PELAKSANAAN UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU SPM (UBBM) 2025

Nama Sekolah: Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru
Tarikh Pelaksanaan: 3 hingga 6 November 2025
Bilangan Calon: 167 orang
Bilangan Pengawas Ujian Bertutur : 8 orang
Bilangan Kelas Terlibat: 6 kelas

  1. Pengenalan
    Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru bermula pada 3 hingga 6 November 2025. Ujian ini dijalankan mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  2. Objektif
    Pelaksanaan ujian ini bertujuan untuk menilai kemahiran calon dalam bertutur dan berinteraksi menggunakan Bahasa Melayu secara lisan berdasarkan konteks yang diberikan.
  3. Pelaksanaan Ujian
    Ujian dijalankan selama empat hari melibatkan 167 orang calon daripada enam kelas tingkatan lima. Seramai lapan orang pengawas Ujian Bertutur dari SMK sekitar Johor Bahru telah dilantik bagi memastikan kelancaran proses penilaian dan pemantauan.
    Setiap calon menjalani ujian secara individu dan berkumpulan mengikut jadual waktu yang telah disusun rapi. Semua calon hadir tepat pada waktunya dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang ujian berlangsung.
  4. Kekuatan Pelaksanaan
    Kerjasama yang baik antara guru pengawas, calon, dan pihak pentadbiran sumber kekuatan kelancaran UBBM ini
    Jadual pelaksanaan yang teratur dan tersusun serta pengurusan masa yang cekap di samping disiplin calon yang tinggi proses UBBM berjalan dengan jayanya.

5.Cabaran:
Walaupun terdapat beberapa orang calon yang perlu diberikan fokus istimewa namun mereka dapat mempersembahkan sesuatu yang terbaik dengan cara dan keunikan mereka tersendiri tanpa menggugat skop penilaian pertuturan mereka di mata pentaksir setelah pelbagai pendekatan dan strategi dilakukan oleh pihak sekolah.

  1. Kesimpulan
    Secara keseluruhannya, pelaksanaan Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2025 di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Sekolah (JPS), semua guru dan kakitangan sekolah yang sentiasa memberikan komitmen yang terbaik sepanjang pelaksanaan ujian bertutur ini.

Panitia Bahasa Melayu
Bidang Bahasa
Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda