Alhamdulillah murid-murid tingkatan 4-5 telah selesai mengikuti taklimat PAJSK telah yang diadakan di Sekolah Menengah Islam HIdayah pada :
Hari : Khamis
Tarikh : 15/1/2026
waktu : 11.00-12.30
Tujuan program ini diadakan antaranya :
- memberi pendedahan tentang peluang kepentingan dapatan markah PAJSK untuk murid- murid .
- memberi pendedahan tentang polisi penyertaan murid dalam akriviti kokurikulum
- memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara pengiraan markah PAJSK
- mendedahkan kepada cara-cara memilih aktiviti Kelab persatuan/kelab sukan permainan/ krs untuk meningkatkan markah PAJSK .
- Mendedahkn kepada murid keperluan 10% markah PAJSK utk mengisi borang UPU@ kemasukan universiti .
Taklimat Kokurikulum disampaikan oleh SMIHJB -USTAZ EZAIDIN BIN NORMAN .
Selaku Penyelaras PAJSK SMIHJB
GURU KEBITARAAN / GURU KANAN SMIHJB .
Beberapa perkara turut disentuh untuk tentang polisi sekolah tentang prosedur menjadi wakil sekolah , pelaksanaan aktiviti kokurikulum , cara kira markah PAJSK secara kumulatif daripada ting 1-5, proses dan cara data pajsk didokumenkan .
Program ini berjalan dengan baik dan semua murid memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang sesi berjalan . Murid turut diberi taklimat ringkas tentang Hari Sukan yang akan berlangsung bulan Feb nanti. Semoga pendedahan dan taklimat ini memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti Kokurikulum sepanjang tahun ini. .
Sekian,
PK KOKURUKULUM
UNIT KOKURIKULUM SMIHJB 2026





