Alhamdulillah murid-murid tingkatan 3 telah selesai menjalani aktiviti PJBL telah yang diadakan di Sekolah Menengah Islam HIdayah pada :
Hari : Rabu
Tarikh : 17/12/2025
waktu : 8.30-12.30
Tujuan program ini diadakan antaranya :
- memenuhi syarat PJBL KRS setiap tingkatan bagi SPPIM
- memberi pendedahan tentang menntukan bajet bahan masakan
- memberi pendedahan kepada murid-murid tentang skil memasak
- memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan
Aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan memasak makanan berkhasiat. secara berkumpulan dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan . Taklimat ringkas diberikan sebelum pertandingan bermula dengan dibantu oleh beberapa guru KRS sebagai guru penilai .
Program ini berjalan dengan baik dan semua murid memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sesama kumpulan masing-masing. Guru penilai telah memberikan markah sekaligus melengkapkan markah PJBL murid Tingkatan 3.
Jazakallahu khairan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung atas kerjasama dalam memantau dan menilai murid-murid.
Sekian,
ASMA” BINTI MOHD MASMUE
PENGARAH
PJBL KRS TINGKATAN 3





