Alhamdulilah, pada tarikh 16 November 2023, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar 4 orang pelajar untuk mewakili daerah Johor Bahru ke pertandingan tersebut. Pertandingan berlangsung di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim Larkin (MARSAH) . 4 orang pelajar tersebut mewakili daerah Johor Bahru dalam kategori seperti berikut:
1) Aidi Hafiz Bin Norazli -Pertandingan hafazan Juzuk 1-5
2) Zulaikha Allysyah Binti Zakry Syah- Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu
3) Ameera Aesya Arman- Pertandingan hafazan Juzuk 1-5
4) Fatimah Az-Zahra Binti Azlan- Pertandingan Tilawah banat.
Para peserta telah berlatih bersama-sama guru-guru pembimbing untuk berusaha memberikan yang terbaik untuk pertandingan tersebut. Terdapat 10 buah daerah yang terdapat di negeri Johor terlibat dalam pertandingan Ihtifal Ilmi ini yang diadakan 2 tahun sekali. Adat pertandingan, pasti ada yang menang dan ada yang kalah, Alhamdulilah 2 orang peserta Smih telah berjaya di dalam acara yang disertai. Keputusan seperti berikut:
1 ) Aidi Hafiz Bin Norazli- Tempat kedua hafazan banin Juzuk 1-5
2) Zulaikha Allysyah Binti Zakry Syah- Tempat ke3 Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu
Semoga pada masa akan datang lebih banyak peluang dan ruang untuk pelajar lebih menggembangkan bakat dan berjaya dalam acara yang dipertandingkan. Sekian terima kasih.