Alhamdulillah Majlis Apresiasi Murid Sekolah Menengah Islam Hidayah telah berlangsung dengan jayanya pada :
Hari : Khamis
Tarikh : 18/12/2025
Waktu: 8.30-11.30 pagi
Objektif majlis ini diadakan antaranya :
- Meraikan kecemerlangan prestasi murid.
- Memberi galakan dan mempamerkan potensi setiap murid Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Majlis ini diserikan dengan penyampaian anugerah oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, Pengetua, Ketua Bidang dan Ketua Unit. Seramai 612 murid yang menerima anugerah pada majlis ini.
Antara kategori anugerah yang telah disampaikan iaitu Anugerah Kepimpinan, Anugerah, Anugerah QR Cemerlang, Anugerah Peningkatan Prestasi dan Anugerah Peningkatan Prestasi Hafazan.
Jazakallahu khairan kepada semua yang menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini memberi inspirasi kepada murid-murid untuk terus bersemangat dalam meningkatkan prestasi di sekolah.
Sekian,
Wakil Majlis Apresiasi Murid SMIH JB




