Hari: Rabu
Tarikh: 17 Disember 2025
Masa: 9.00 – 11.30 pagi
Tempat: Rumah Jagaan Impian Syimah (Jalan Kemaman) Johor.
Alhamdulillah seramai 31 orang murid tingkatan 4 telah menyertai aktiviti khidmat masyarakat di Rumah Jagaan Impian Syimah (Jalan Kemaman) Johor.
Dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH), murid-murid ini bantu menyampaikan sumbangan YPH kepada pusat tersebut. Antara sumbangan yang telah diberi ialah lampin pakai buang, susu tepung, makanan dan lain-lain keperluan rumah.
Antara aktiviti lain yang telah dilaksanakan ialah berbual dan bercerita dengan penghuni di sana, membersihkan longkang, menyapu laman rumah dan membersihkan kipas dalam rumah.
Alhamdulillah murid-murid ini mendapat pengalaman yang baru seperti bagaimana menyantuni orang tua, orang sakit dan mereka juga telah ditunjukkan cara memberi susu kepada pesakit melalui tiub.
Jazakumullah kepada YPH kerana memberi peluang pada anak-anak ini untuk pengalaman baru. Terima kasih juga pada Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru pengiring dan ibu bapa yang sentiasa menyokong aktiviti sekolah. Tidak dilupakan tahniah pada anak-anak tingkatan kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan.








