Alhamdulillah pelajar Tingkatan 4 telah selesai menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di Masjid Al – Falah Kg Sinaran Baru. .Seramai 121 pelajar tingkatan 4 dan 8 orang guru telah menyertai program ini.
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memupuk sikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kalangan pelajar serta mengasah kemahiran dalam berkhidmat kepada masyarakat sekitar.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan dalam kawasan dan diluar masjid.
Program ini berjalan dengan lancar dan memberi banyak manfaat kepada pelajar. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan masjid.
Jazakumullahu Khairan untuk kerjasama yang diberikan juga kepada guru2 pengiring yang berdedikasi menjaga dan memantau anak2 ketika bertugas.
Jazakumullah
PENGARAH KHIDMAS TING 4




