Tarikh: 21/11/2025 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru
Anjuran: Bidang Ilmu Wahyu, SMIHJB
Sararan peserta: Murid Tingkatan 3
Alhamdulillah telah selesai Kem Ibadah Pengurusan Jenazah bagi murid-murid Tingkatan 3. Program bermula pada jam 8.00 pagi, murid-murid berkumpul di musolla banin untuk diambil kehadiran kemudian diadakan slot gimik keadaan kematian.
Setelah itu, semua murid banin bergerak ke asrama banin dan murid banat pula bergerak ke musolla banat untuk slot seterusnya iaitu memandikan jenazah. Murid diberi penerangan ringkas kemudian melakukan praktikal memandikan jenazah. Setelah selesai, murid diberi masa rehat sehingga jam 10 oagi.
Selepas tamat waktu rehat, murid-murid menjalani slot seterusnya iaitu mengkafankan jenazah kemudian menyembahyangkan jenazah. Setelah itu, semua murid bergerak ke belakang makmal RBT untuk mendengar penerangan ringkas serta praktikal pengebumian jenazah ke dalam liang lahad.
Istimewanya Kem Ibadah Pengurusan Jenazah tahun ini, murid-murid dapat melihat keadaan realiti sebenar bagaimana jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad. Apabila selesai slot pengebumian, murid-murid berkumpul semula di musolla banin untuk slot refleksi oleh tuan pengarah.
Diharapkan segala ilmu yang disampaikan serta pengalaman yang ditimba dari Kem Ibadah Pengurusan Jenazah ini dapat memberi banyak manfaat dalam kehidupan yang akan datang serta melahirkan rasa keinsafan dalam diri. insyaaAllah.
Tahniah kepada semua peserta Tingkatan 3 serta guru-guru yang terlibat telah menjayakan Kem Ibadah Pengurusan Jenazah 2025. Sekalung penghargaan juga buat Puan Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan dan Penolong Kanan Akademik Puan Mashida binti Sakrani atas sokongan menjalankan Kem Ibadah ini.








