SMIHJB | LAPORAN JUALAN BUKUKOPERASI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRUSECARA PANDU LALU (DRIVE THRU) 2026

Tarikh: Ahad, 5 Januari
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Perkarangan Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru
Anjuran: Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru

  1. PENGENALAN
    Laporan ini disediakan bagi melaporkan pelaksanaan jualan buku Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru yang telah dilaksanakan secara pandu lalu (drive thru). Program ini bertujuan memudahkan urusan pembelian buku persekolahan oleh ibu bapa dan murid dengan lebih sistematik, selamat dan menjimatkan masa.
  2. OBJEKTIF
    Antara objektif penganjuran jualan buku ini adalah:
    i. Memudahkan ibu bapa dan murid mendapatkan buku persekolahan.
    ii. Mengurangkan kesesakan dan masa menunggu.
    iii. Meningkatkan kecekapan perkhidmatan Koperasi sekolah.
    iv. Meningkatkan penggunaan
  3. PELAKSANAAN PROGRAM
    Jualan buku telah berlangsung pada hari Ahad, 5 Januari bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Kaedah pandu lalu telah digunakan bagi memastikan kelancaran pembelian buku dan keselesaan pelanggan lebih diutamakan. Urusan pembelian berjalan dengan teratur hasil kerjasama daripada pelibatan sukarelawan yang terdiri daripada guru-guru SMIH , murid-murid dan Staf Koperasi sendiri.
  4. PENYERTAAN
    Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan murid Sekolah Menengah Islam Hidayah. Kehadiran yang berterusan sepanjang tempoh jualan menunjukkan keberkesanan kaedah pandu lalu yang dilaksanakan.
  5. PENUTUP
    Secara keseluruhannya, jualan buku Koperasi SMIH JB secara pandu lalu ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan kaedah ini dapat diteruskan dan ditambah baik pada masa akan datang demi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan mesra pelanggan.
    Pembelian buku secara online akan diteruskan setiap tahun dan sangat memudahkan pihak ibu bapa dan juga pihak pengurusan koperasi.

Muafakatmembawabarakah

Disediakan oleh:

Pengurusan Koperasi SMIH JB
Tahun 2026

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda