Jamuan Penghargaan Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Lembaga Koperasi (ALK), guru-guru kakitangan koperasi , dan pengawas koperasi atas sumbangan dan komitmen berterusan dalam memajukan koperasi sekolah.
2. MAKLUMAT PROGRAM
Nama Program : Jamuan Penghargaan Koperasi SMIH
Tarikh : 15 Disember 2025 (Isnin)
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Tempat : Kelab Kopi Lama, Taman Kempas Utama
Anjuran : Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru
3. OBJEKTIF PROGRAM
Program ini bertujuan untuk:
i. Menghargai jasa dan sumbangan ALK, guru-guru , kakitangan koperasi dan pengawas koperasi.
ii. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga koperasi.
iii. Menyemai semangat kerjasama dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab di koperasi.
4. PELAKSANAAN PROGRAM
Majlis telah berlangsung dengan lancar dan teratur. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Koperasi, diikuti bacaan doa dan penyampaian cenderamata penghargaan kepada ALK, guru-guru dan kakitangan koperasi. Majlis diteruskan dengan jamuan dan sesi bergambar.
5. PENUTUP
Secara keseluruhannya, Jamuan Penghargaan Koperasi SMIH telah mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai tanda penghargaan kepada warga koperasi yang komited.
Disediakan oleh,
Setiausaha
Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah,
Johor Bahru
17 Disember 2025
6.0 LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR PROGRAM

GAMBAR 1: BARISAN ALK, KAKITANGAN KOPERASI DAN J/AUDIT DALAMAN

GAMBAR 2: BARISAN PENGAWAS KOPERASI BANIN

GAMBAR 3: BARISAN PENGAWAS KOPERASI BANAT