SMIHJB | KEMPEN PROJEK: INSAN BATCH 30

Hari / tarikh: 2/9/2025 – 31/10/2025
Tempoh masa program: 2 bulan

Kempen Projek Insan ini merupakan program khas yang dianjurkan untuk ahli Batch 30 SMI Hidayah JB. Selari dengan namanya, ‘Projek Insan’, kempen ini bertujuan membentuk dan menggalakkan pelajar Tingkatan 2 mengamalkan ibadah-ibadah sunat sebagai sebahagian daripada rutin harian seorang Muslim. Amalan sunat dapat membantu pelajar membentuk akhlak yang baik, berdisiplin dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Objektif program:

  1. Membudayakan ibadah sunat dalam kalangan pelajar Tingkatan 2
  2. Menyuburkan akhlak yang baik dari segi lisan dan perbuatan
    Sasaran program: Ahli batch tingkatan 2

Berikut merupakan AJK bagi kempen ini. Mereka ialah MGT Bacth 30:
Muhammad zafran bin Zarhamdy (2 Islah)
Hamzah alfaqeeh bin Ahmad Farid (2 Islah)
Muhammad Aliff Najmee bin Mohd Riza Zalmee – (PIC)-(2 Islah)
Ahmad Faiz bin Mohamad Fadhil hadi (2 Islah)
Fathi Irfan bin Iswahyudi (2 Tajarrud)
Muhammad Faiz Safiy bin Arief Ruhullah (2 Tajarrud)
Amir Mukhlis bin Luqman (2 Taqwa)
Aisyah Mardhiyah binti Mohd Azlee (2 Islah)
Sarah Syifa’ binti Suryani Zaid (2 Islah)
Umairah Rashiqah Binti Muhammad Tuah (2 Islah)
Nur Adni Binti Mohd Nor Fadhzly (2 Tajarrud)
Naura Raisha Binti Zulkarnain (2 Taqwa)
Anis Safiy Binti Ahmad Athif (2 Athif)
Nik ‘Awatif Rumaysa’ binti Nik Mohd Abduh (2 Thiqah)

Antara aktiviti program dan sasaran mutabaah yang dilaksanakan sepanjang kempen ini adalah seperti berikut:
Bulan pertama:

  • Melaksanakan solat dhuha sekurang – kurangnya 3x seminggu
  • Tilawah 3 muka surat sehari
  • Zikir Fatimah 33x sehari
  • Bersedekah sekurang – kurangnya 2x seminggu (Sedekah kepada tabung MyCare)
  • Berpuasa sunat sekurang – kurangnya 1x sebulan (Mengikut takwim puasa sunat sekolah)

Bulan kedua:

  • Membantu membuat kerja – kerja rumah sekurang – kurangnya 1 kerja setiap hari
  • Memberi salam kepada sekurang – kurangnya 5 guru yang dijumpai setiap hari
  • Membuang sampah dalam tong kitar semula sekurang – kurangnya 2x seminggu
  • Berkongsi 1 akhlak mulia yang dilakukan dalam kumpulan MDP masing – masing
  • Hadir ke sekolah setiap hari kecuali sakit

Data mutabaah amal ini akan dipantau oleh wakil batch bagi setiap kelas. Penghargaan diberikan kepada kumpulan pelajar banin serta banat, serta kutipan markah mutabaah amal kelas yang tertinggi

Selain daripada itu,aktiviti tazkirah mengikut tema oleh MT Batch dan wakil Batch juga dilaksanakan secara berkala pada rehat 1 setiap minggu. Murid juga berpeluang memberi perkongsian semasa slot MDP

Secara keseluruhannya, kempen ini berjaya menggalakkan pelajar mengamalkan amalan sunat dan sentiasa beringat untuk berakhlak mulia baik di sekolah mahupun di luar sekolah. Jazakumullahu khayran diucapkan kepada Puan Pengetua, Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Murid, guru – guru penyelaras tarbiah Tingkatan 2. MT Batch 30 serta semua warga Hidayah terlibat dalam menjayakan kempen ini.

Laporan disediakan,
Nur Hidayah Junaidi
Guru Penyelaras Tarbiyah Tingkatan 2 2025


Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda