Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kelancaran dan kejayaan pelaksanaan Kem “mudahnya buat umrah” yang telah dilaksanakan pada 21 Nov 2025 di sekitar sekolah disertai oleh murid Tingkatan 4.
Kem ibadah ini telah dianjurkan bagi membantu murid memahami dan mempraktikkan rukun dan wajib umrah yang telah dipelajari daripada silibus PSI KSSM dengan Cara yang mudah dan penuh penghayatan.
Antara objektif program adalah memberi pendedahan mengenai manasik dan maqasid umrah, membentuk sikap positif seperti sabar, disiplin dan tenang ketika melaksanakan umrah.
Terima kasih kepada guru2 yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya kepada penceramah jemputan Ustaz Azmen bin Yusof dan fasililitator yang terlibat.Semoga usaha ini diberkati Allah dan menjadi salah satu wasilah pembentukan generasi yang berilmu, beriman dan beramal
Disediakan oleh:
Ustazah Fatimah Bt Mamat
Setiausaha Kem Ibadah (mudahnya umrah )2025






