SMIHJB | KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD 2026

Kejohanan Merentas Desa MSSD 2026 telah berlangsung pada 11 Februari 2026 bertempat di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah. Kejohanan ini menghimpunkan atlet-atlet terbaik sekolah menengah sekitar daerah Johor Bahru bagi kategori Lelaki 15 Tahun, Lelaki 18 Tahun, Perempuan 15 Tahun dan Perempuan 18 Tahun. SMIH JB telah menghantar wakil bagi keempat-empat kategori tersebut sebagai pendedahan dan medan menguji tahap kecergasan serta daya saing atlet.

Pencapaian terbaik sekolah telah diraih oleh Nur Husna binti Mohamed Yazmen dalam kategori Perempuan 18 Tahun apabila berjaya menamatkan larian di tempat ke-20 keseluruhan. Keputusan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam persaingan yang kompetitif.

Secara keseluruhan, prestasi atlet dilihat sedikit terkesan berkemungkinan akibat kepenatan selepas mengharungi Minggu Sukan Sekolah pada minggu lepas. Namun demikian, pengalaman ini amat berharga sebagai persediaan jangka panjang. Hidayah Athletics telah merancang untuk memperbanyakkan penyertaan dalam pertandingan luar bagi mempersiapkan atlet menghadapi MSSD 2027 dengan lebih mantap.

“Dan bahawa manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Surah al-Najm: 39)

Guru pengiring bagi kejohanan ini ialah Ustaz Amin dan Ustazah Siti Salwa.

Disediakan oleh,
Ustaz Amin
Penyelaras Merentas Desa Sekolah

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda