Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan izin-Nya, pihak Pengurusan Asrama dengan kerjasama Majlis Tertinggi Asrama telah berjaya melaksanakan Majlis Iftar & Tarawih Jamaie Asrama SMIH JB pada Selasa, 2 April 2024 bersamaan 22 Ramadan 1445H.
Terima kasih kepada Yang Berusaha Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan, Pengetua SMIH kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Tidak lupa juga ucapan Jazakumullahu khairan kathira kepada ibu bapa pelajar Asrama SMIH JB kerana telah memberikan sumbangan untuk majlis ini. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada ibu bapa semua.
Alhamdulillah menu utama iftar pada tahun ini adalah jamuan nasi arab yang sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh para pelajar saban tahun. Dalam masa yang sama, pihak asrama juga telah meraikan 27 banin dan 25 banat yang telah berjaya mengkhatamkan tilawah al-quran sepanjang Ramadan dengan memberikan sedikit saguhati di atas usaha dan komitmen mereka. Semoga usaha murni pelajar untuk melaksanakan dan memperbanyak ibadah di bulan Ramadan ini terus kekal sepanjang masa.
Semoga pelajar asrama SMIH JB terus cemerlang gemilang dan menjadi qudwah kepada pelajar-pelajar lain.
Pengurusan Asrama
SMIH JB