Alhamdulilah, pada tarikh 15 Ogos 2022, Unit akademik melalui bidang bahasa yang terdiri daripada Panitia bahasa Melayu, Panitia bahasa Inggeris dan Panitia bahasa Arab telah berjaya mengadakan program “Apabila bahasa berekspresi” . Objektif program ini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari semasa di dalam kelas bersumberkan Dokumen Standard Kukurikulum dan Pentaksiran (DSKP) melalui kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan tema kemerdekaan, program ini dimulakan dengan pertandingan Kalam Jamaei (Ba) diikuti Choral Speaking (Bi ) dan Bicara Berirama(Bm) . Penyertaan terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan , manakala kategori pula dibahagikan kepada menengah rendah dan menengah atas. Pemenang setiap kategori membawa pulang wang tunai yang boleh menambahkan tabungan kelas masing-masing. Sambutan hangat yang diberikan oleh pelajar membuktikan pelajar berani untuk menyerlahkan bakat terpendam mereka disamping memupuk sifat kerjasama bagai aur dengan tebing dalam sepasukan . Setiap kumpulan peserta telah memberikan persembahan yang mantap dan menyakinkan sehinggakan menyukarkan pihak juri memilih pemenang. Adat pertandingan ada yang menang, ada yang kalah, yang terbaik pasti akan menjadi pemenang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn Pengetua, Seri Juli Emas Wati Adnan di dalam perhimpunan rasmi pada 29 Ogos dengan jayanya. Semoga penganjuran program ini memberi manfaat kepada semua pelajar sebagai salah satu cara mereka mendapatkan ilmu di luar bilik darjah bukan hanya andaian belajar hanya di dalam kelas semata-mata. Sekian terima kasih.
Disediakan Oleh
Norsamsidar Miskan
(Ketua Bidang Bahasa SMIH)