SMIHBP: Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Tingkatan 1-5 Sesi Pengajian 2025

27 August 2024

Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Tingkatan 1-5 SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH PASIRRIS BATU PAHAT (SMIHBP) bagi sesi pengajian 2025 sudah dibuka sekarang!


PERMOHONAN DIBUKA SEPANJANG TAHUN!

Syarat Kemasukan
1. Tingkatan 1 kohort umur (2/1/12 – 1/1/13)
2. Tingkatan 2 kohort umur (2/1/11 – 1/1/12)
3. Tingkatan 3 kohort umur (2/1/10 – 1/1/11)
4. Tingkatan 4 kohort umur ((2/1/09 – 1/1/10)
5. Tingkatan 5 kohort umur (2/1/08 – 1/1/09)
6. Memiliki sijil kelahiran yang sah
7. Boleh membaca Al-Quran
8. Tiada salah laku disiplin yang berat
9. Memiliki sijil kelahiran yang sah

Permohonan ke sekolah ini hanya perlu mengisi borang secara atas talian.

Proses kemasukan :

1. panggilan temuduga ibu bapa dan murid
2. Ujian tilawah murid
3. ujian bertulis murid

Tatacaranya adalah seperti berikut:-

Langkah 1:
Layari laman web Sekolah Islam Hidayah (https://hidayah.edu.my/).
Klik pada ‘DAFTARKAN ANAK’ dan klik pada ‘Mohon Daftar’ , seperti yang tertera pada gambar dibawah.

Langkah 2:
Pilih sekolah (SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH PASIRRIS)
Isi nombor IC anak anda di ruang ( 1 ), kemudian Klik ‘Verify’ pada ( 2 ) seperti tertera pada gambar di bawah:

Langkah 3:
Andai anda belum membuat permohonan atau belum ada dalam sistem, anda hanya perlu klik pada ‘REGISTER HERE!‘ untuk membuat permohonan.

 

Setelah selesai membuat permohonan, anda boleh semak permohonan anda dengan memasukkan no. IC anak anda di ruang ( 1 ) seperti di Langkah 2.

Terima kasih kerana sudi membuat permohonan ke sekolah kami.
Moga dipermudakan isi borang permohonan ini.

*Untuk memohon bagi tingkatan selain dari tingkatan 1, prosesnya sama juga seperti di atas.

*andai ada masalah untuk mengisi borang ini, boleh terus hubungi Pegawai ICT Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru:
https://t.me/pitpph

Kongsikan dan Sebarkan