[ SMIH JOHAN ROBOMANIA FOOTBAL – SOUTHERN REGION ]

Eko Galleria | University Of Southampton

Pada 14 Ogos 2025, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar 2 pasukan  bagi menyertai Pertandingan  Robomania Football – Southern Region.

Pertandingan ini dijalankan di Eko Galleria, University Of Southampton, Iskandar Puteri, Johor.

Tahniah kepada GUIDANCE JR yang diwakili oleh MUHAMMAD QAULALHAQ BIN SHAHIRRUL HAQIM (2 TASAMUH), AIMAN MUJAHID BIN ISMAIL YUSOFF
(2 THIQAH), MUHAMMAD QUSHAYYI BIN SHAHIRRUL HAQIM (2 THIQAH) dan MUHAMMAD AMIR MUZAFFAR BIN AZRINE (2 THIQAH)
telah berjaya mendapat JOHAN.

Pasukan GUIDANCE JR berjaya mengalahkan pasukan INVENTIF dengan Skor 3-0. Walaupun kalah kepada lawan yang sama diperingkat kumpulan dengan skor 0-2, mereka bangkit dan mencipta kemenangan.

Walaubagaimanapun 1 lagi pasukan iaitu GUIDANCE tidak dapat meneruskan perjuangan setelah tidak melepasi peringkat kumpulan setelah mengalami masalah teknikal.

Keputusan perlawanan Akhir :

GUIDANCE JR vs INVENTIF

3 – 0

Selepas ini Pasukan SMIH akan mewakili Zon Selatan bertanding diperingkat Kebangsaan pada 25/09/2025 di Tech Dome, Penang.

Terima Kasih kepada Pengetua SMIH Pn. Seri Juli Emas Wati binti Adnan, PK Akademik Pn. Mashida binti Sakrani dan PK Korurikulum Pn. Norhawanis binti Samion atas dorongan dan sokongan ke atas pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda