Pada 11 hingga 13 Oktober 2019 yang lalu, 34 orang pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghadiri Daurah Kepimpinan Tingkatan 3 IKRAM-Musleh. Program ini telah diadakan di Citra Kadok Banquet Hall, Kelantan yang mengumpulkan barisan kepimpinan dan bakal pemimpin dari sekolah-sekolah rangkaian IKRAM-Musleh.
Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan bagi mencapai objektif program iaitu mempertingkatkan kemahiran kepimpinan sebagai bakal pelapis pemimpin sekolah supaya bersedia mengambil alih kepimpinan sekolah. Antara pengisiannya ialah Realiti & Cabaran Remaja Masa Kini, Pemimpin Muda, Aku Musleh, Ada Apa Di IKRAM-Musleh, Mengurus & Mengatur dan Going Forward.
Semoga program ini mampu memberikan impak yang baik kepada para peserta supaya muncul sebagai pemimpin pada masa depan dan merasakan kebersamaan dalam memimpin khususnya rangkaian sekolah IKRAM-Musleh.